Adventura, Puisi
Leave a Comment

Aku, Kau dan Rumah-Rumah Kecil

aku masih ingat lagi, lagu Gregory Alan Isakov yang kau mainkan di telefon bimbitmu
segala hal-hal yang selalu kita bicarakan
kita diamkan dengan menunjuk buruj-buruj bintang
dan ketika kita leka duduk mendongak menunggu bintang jatuh
kau meminjam bahuku dan kau kata;
bahu kau mengingatkan aku kepada rumah yang tidak pernah aku ada
yang peliknya sudah lama aku mahu
hendak aku rasa bertuah ada bahu seperti bahuku yang entah kenapa boleh menjadi sepuitis itu di mulutmu
atau kau
memaksudkan hatiku pada waktu itu
atau tidak
aku tidak tahu
aku tidak mahu tahu

yang aku hanya mahu ialah
aku adalah tempat untuk kau cari ketika kau sesat-sesak mencari ketawa yang hilang dan senyum kau
yang suam-suam
menyuamkan hatiku yang selalu dingin-gundah
seperti malam-malam selalu

namun
buruj-buruj bintang
bahuku
tawa
senyummu
puitis

tidak mengalahkan jauh yang akan ada
yang akan selalu main-mainkan kita dengan rasa yang abstrak
rumit untuk kita telan

aku hanya mengharap
janji-angan-cita-cinta-cinta dan rumah-rumah kecil
yang kita bina di atas permukaan hati
akan menjadi lagu-lagu di telefon bimbit kau dan aku
dan memadamkan perasaan-perasaan fiksi yang kita tidak pernah doa selama ini.

 

This entry was posted in: Adventura, Puisi
Tagged with:

by

s.k, tidak mempunyai cita-cita tinggi. Sekalipun ada, dia tidak akan menulisnya di laman sesawang atau memberitahu kamu. Beliau sukar diramal, seperti tulisan-tulisannya. Pernah katanya, waktu cerek air di atas dapur, jika kamu rasa cerita selepasnya adalah air cerek itu dituang ke mana-mana, ramalan kamu seperti bulu pelepah di atas pagar. Terlalu selesa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s