Adventura, Fiksyen
Leave a Comment

Banyak Cakap, Sendiri

“Banyak Cakap, Sendiri” by Chum
Waktu bos menengking saya, dalam hati, saya sudah mengatakan selamat tinggal kepada bos. Bukan itu saja, saya juga akan mengatakan selamat tinggal kepada meja kelabu yang berlekuk-lekuk, selamat tinggal kepada Sticky Notes dan life goals, selamat tinggal kepada laptop tajaan yang rajin update software secara tiba-tiba, pensil yang dahulunya panjang, rak meja yang kekadang ada anak lipas, deadline yang menyesakkan. Selamat tinggal juga kepada rakan sejawat; Morley yang lipstiknya sedodon dengan heels merah runcing yang boleh dijadikan senjata homisid, lukisan kening Nayang yang kekadang senget sebelah, Burd yang rambutnya bagai nak gila, Rafi yang selalu mengeluh di Fb, dan tidak lupa makcik jaga yang menjual rokok seludup, namanya saya lupa—saya jenis yang susah nak ingat nama. Dan tidak lupa kucing yang jalannya angkuh, dan juga lantai office yang sejuk.

Tapi bila bos kata dia ialah “bos” sambil menengking, saya perasan, dia berkait rapat dengan status kewangan saya.
This entry was posted in: Adventura, Fiksyen
Tagged with:

by

s.k, tidak mempunyai cita-cita tinggi. Sekalipun ada, dia tidak akan menulisnya di laman sesawang atau memberitahu kamu. Beliau sukar diramal, seperti tulisan-tulisannya. Pernah katanya, waktu cerek air di atas dapur, jika kamu rasa cerita selepasnya adalah air cerek itu dituang ke mana-mana, ramalan kamu seperti bulu pelepah di atas pagar. Terlalu selesa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s