Adventura, Puisi
Comments 2

Yang Kamu Lakukan Ke Saya Itu, Jahat

Udara yang mengalir manis buat aku rindu kepada hujan,
dan aku mengisi hariku dengan mengarang sajak tanpa keluh,
namun,
aku tidak perlukan lagi guruh suaramu untuk sedarkan aku hujan akan turun.

Dan akhir ini; dua minggu ini, kata-kata bisu melekat pada bibir, renungan mata menjadi jauh walaupun malam kita kongsi bersama,
dua minggu ini; makanan jadi basi, minuman jadi tawar, walaupun dia kita kongsi bersama.

Bagi aku, akhir itu adalah jawapan kepada esok,
mengingatkan aku untuk tenang agar kekal muda hijau dan aku tidak perlukan nasihat kau tentang siapa yang layak menyarung marah pada baju,
atau; tentang siapa yang berhak bertarung darah berjuang dengan ego sehingga muka jadi biru.

Realiti hidup sangat jahat namun engkau tidak pernah kisah kerana hujan itu hanya mengejar diriku dan matahari menyinar dirimu.
Mungkin matahari buat engkau tidak matang kerana tidak menangis biarpun hujan turun di tengah hari,
dan mungkin hujan yang menghantui aku tiap waktu menyedarkan aku dunia ini tidak bererti.

Engkau juga tidak tahu aku sering mimpi kepada ular dan serigala dan mati dan yang lain-lain,
sekarang sebelum lena; nafas aku tarik dalam-dalam, biar aku telan dan hadam semua ngeri yang pernah jadi dendam.

Sebab, aku tidak perlukan mimpi ngeri untuk tahu bila aku bangun, engkau masih lagi di sampingku,
aku tidak perlu hantu yang bersembunyi di bawah katil kerana aku tahu engkau masih lagi bernyawa dan berketawa dan melayan aku seperti tamu di rumahku.

Sehingga semua sajak yang aku karang membuat aku rindu kepada hujan waktu itu,
dan masih lagi aku bencikan matahari yang mengekori tiap siangku.

Akhirnya aku sedar, dunia ini sangat jahat bila matahari bersamamu,
dan aku sebenarnya rindu kepada matahari cuma bila tidak bersamamu.

Izinkanlah aku membawa pulang semua malang ke tempat baru,
dan lepaskanlah matahari itu agar datang menyinari hidupku.

Biarlah aku simpan semua titisan hujan di dalam balang namamu,
agar semua sajakku terang dengan cahaya riang matahari.

Aku mahu bebas menikmati udara manis dan rindukan hujan seperti dulu.

This entry was posted in: Adventura, Puisi
Tagged with:

by

Saya seorang yang bosan dan pemalas--menulis bukanlah benda yang paling mudah bagi saya. Ada kalanya saya sering tergoda untuk baring seharian pada hari Ahad sambil menikmati filem-filem lazat sajian Hollywood berbanding menulis tentang anak matahari yang merindui pelangi. Begitu lah.

2 Comments

  1. this was a captivating read, i've struggled with blues over not being able to express myself in my native tongue, or even malay despite learning in all those years in school. i think english always seemed more relatable, with words like grief, sorrow, depression already in their dictionary. but this, captured such violent, personal emotions in a language even more relatable. my favourite parts were:

    “dan akhir ini; dua minggu ini, kata-kata bisu melekat pada bibir, renungan mata menjadi jauh walaupun malam kita kongsi bersama,
    dua minggu ini; makanan jadi basi, minuman jadi tawar, walaupun dia kita kongsi bersama.

    —-

    realiti hidup sangat jahat namun engkau tidak pernah kisah kerana hujan itu hanya mengejar diriku dan matahari menyinar dirimu.
    mungkin matahari buat engkau tidak matang kerana tidak menangis biarpun hujan turun di tengah hari,
    dan mungkin hujan yang menghantui aku tiap waktu menyedarkan aku dunia ini tidak bererti.

    engkau juga tidak tahu aku sering mimpi kepada ular dan serigala dan mati dan yang lain-lain,
    sekarang sebelum lena; nafas aku tarik dalam-dalam, biar aku telan dan hadam semua ngeri yang pernah jadi dendam.

    ——–

    izinkanlah aku membawa pulang semua malang ke tempat baru,
    dan lepaskanlah matahari itu agar datang menyinari hidupku. “

    Like

  2. “Words build bridges into unexplored regions.”
    – Adolf Hitler

    Awal, terima kasih. Apresiasi kepada saudari saya hulurkan kerana sanggup meluangkan masa di ruangan ini.

    Akhir, jangan lupa menelaah setiap karya yang ada di sini. Setiap satunya mempunyai keunikan tersendiri yang boleh menggegarkan jiwa. Cheers!

    ~ Adi HJ

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s