Artistic Minds, Visuals
Leave a Comment

Artistic Minds: Amy Amin

Jarang-jarang terlintas di fikiran kita, tapi hakikatnya seni itu memang magis dan ia punya banyak cara untuk menghubungkan orang yang walaupun tak dikenal, jelas memiliki minat dan gairah yang serasi. It’s always in the details; the things someone listens to, read of, or draw. It’s always in the details and it could be anything!

Lantaran minat Amy dengan kucing, serta pengamatan dan penglibatannya dalam pelbagai aktiviti seni komuniti secara tidak langsung menjadikan kreativiti Amy bukan sekadar ekpresi seni, tetapi juga suatu ikhtiar untuk menghubung dan menggerakkan komuniti setempat.

Walaupun saya dan Amy tidak pernah bersua-muka, I had the privilege to chat with Amy via email and these are the things I learned about the Borneon kittycat and what drives her creativity.

Artistic Minds - Amy Amin (Graffiti) _ ORKED MAG

Hai Amy! Terima kasih sudi meluangkan waktu untuk wawancara ini. Boleh ceritakan sedikit kepada pembaca ORKED MAG, siapa Amy Amin?
Hi, saya Amy Amin. Saya seorang budak kampung berasal dari kampung nelayan di Pulau Bruit, Sarawak, tetapi kini menetap di Kuching. Saya seorang pelukis mural dan subjek utama saya ialah kucing. Saya juga suka menulis lagu, bermain ukulele, berkebun, dan membaca novel grafik.

Sejak bila Amy mengenal dunia ilustrasi dan mula serius berkarya?
Saya mula melukis sejak kecil kerana terikut-ikut hobi ayah yang suka melukis. Namun, saya mula serius dalam berkarya pada tahun 2014 untuk Rantai Art Festival di Kuala Lumpur. Saya memilih kucing sebagai subjek utama kerana saya mempunyai 3 ekor kucing, jadi mudah bagi saya untuk memerhati tingkah laku dan fizikal badan kucing-kucing saya dalam menghasilkan karya.

Artistic Minds - Amy Amin (Meow) _ ORKED MAG

Apa pendapat Amy tentang respon orang ramai terhadap karya Amy?
Bagi saya, setiap orang punya cara mereka sendiri dalam menilai sesuatu seni/karya. Ada yang suka (dan kurang suka), bahkan ada juga yang keliru melihat lukisan saya. Setiap orang punya interpretasi yang berbeza dan itulah yang indah di pandangan saya. Cuma sebagai pelukis mural, perlu terima kritikan dengan hati terbuka.

Apakah cabang seni atau perkara berkaitan tentang seni yang sangat Amy hargai?
What about art that I value the most? Hm. Secara peribadi, saya menganggap seni sebagai salah satu pintu untuk saya escape, untuk berada dalam dunia saya sendiri. Tetapi saya juga beranggapan bahawa seni bukan sekadar untuk ekspresi diri, tetapi juga sebagai salah satu tools untuk menyatukan komuniti dan cara untuk menyebarkan ilmu pengetahuan.

Artistic Minds - Amy Amin (1) _ ORKED MAG

Apa yang mendorong Amy untuk terus berkarya?
Kerana cinta saya kepada yang Maha Satu. Bakat yang diberi kepada kita semuanya anugerah dan terpulang kepada kita untuk memanfaatkannya. Saya mahu menggunakan apa yang saya ada untuk jalan yang baik, untuk menggembirakan mereka yang melihat lukisan saya, dan untuk menggembirakan mereka yang saya sayangi.

Bagaimana senario industri kreatif di Sarawak?
Menyentuh tentang senario industri kreatif di Sarawak, (khasnya Kuching, kerana saya Kuching-based) sekarang sedang mula aktif; ada lorong atau port untuk bikin graffiti, setiap dua minggu ada acara puisi, baik dalam Bahasa Malaysia ataupun Bahasa Inggeris, pameran-pameran lukisan, dan ada rakan saya yang sering menjemput rakan-rakan penggiat seni dari Indonesia agar kami boleh bertukar idea. Semoga berterusan dan semoga mereka terus passionate dalam melakukan apa yang mereka cintai.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s