Adventura, Fiksyen
Leave a Comment

Wiski, Aku Nak Minum Lagi

Wiski tinggal sikit, dan aku nak minum lagi.

Cuba bayangkan, hari terakhir kematian aku adalah hari berlakunya ciuman pertama yang aku idamkan selama ini. Kerana mahu ciuman pertama itu menjadi memori yang tidak akan luput—bukan macam roti—aku memilih bangunan yang paling tinggi bersama pasangan; menunggu angin sejuk, nyaman, bertiup dari arah utara yang bunyinya seperti “Wau,” berdengung dari langit, di penyuara kuping yang kami kongsi bermain “Feels Like We’re Only Going Backwards” lagu Tame Impala, sut hitam dengan sepasang sayap buatan sendiri.

Kebanyakan ciuman pertama dibazirkan dengan tragedi. Mereka hanya mengucur nama ke senarai neraka, tak berbaloi dengan sedapnya yang sekejap. Aku cuma nak ciuman pertama aku macam mimpi mak Ganesha—gajah, dan “poof” jadi. Tak kisah dengan struktur kepalanya yang pelik kerana satu hari dia bakal membunuh musuhku.

Pada satu hari selepas kematian, aku cuba goyang-goyangkan tubuhku, sesekali menampar dahi. Kebetulan pasanganku juga buat sedemikian terhadap tubuhnya, cara kami sama, dan aku semakin yakin kami agak serasi dalam perhubungan. Lepas ini, selain daripada habitat dunia yang didoakan pupus—tak pernah mustajab, kami akan ada cerita untuk dikongsikan kepada anak-anak, yang sebelum kami mati, kami hanyalah sepasang malaikat yang sedang bercium.

Wiski tinggal sikit, aku nak minum lagi.

This entry was posted in: Adventura, Fiksyen

by

s.k, tidak mempunyai cita-cita tinggi. Sekalipun ada, dia tidak akan menulisnya di laman sesawang atau memberitahu kamu. Beliau sukar diramal, seperti tulisan-tulisannya. Pernah katanya, waktu cerek air di atas dapur, jika kamu rasa cerita selepasnya adalah air cerek itu dituang ke mana-mana, ramalan kamu seperti bulu pelepah di atas pagar. Terlalu selesa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s