Adventura, Artikel
Leave a Comment

Memang Mahu Buat Kau Terasa

Angkat tangan kalau kamu menyampah dengan drama-drama tv sekarang.

Woah, ramai!

Ya benar, kita disajikan dengan drama-drama mengarut yang tidak masuk akal. Resepi sinetron Indonesia. Adakah negara kita kelambatan mahu buat drama-drama macam ni? Atau sebab di rumah kami tiada tv, jadi saya yang ketinggalan zaman?

Kamu tenang, saya mahu bising pasal selera penonton sekarang. Tidak dinafikan semua itu adalah formula komersialisme yang sukses. Sama seperti buku-buku popular sekarang. Semuanya berunsur cinta terhalang dan yang seanteronya. Contoh paling senang, filem Ombak Rindu masih lagi terngiang-ngiang di kepala saya berbanding filem Interchange. Kenapa? Kerana nilai komersial filem Ombak Rindu mengatasi filem Interchange. Menunjukkan unsur kapitalis di negara Islam ini sangat kuat.

Kau terasa?

Drama pop adalah fiksyen semata-mata. Itu kata mereka. Sangat mustahil berlaku dalam kehidupan realiti. Entahlah, mungkin 1% daripada orang kaya yang benar-benar bercinta dengan orang kampung. Itupun mungkin bukan atas dasar cinta ke syurga. Tapi sebab si kaya dipugai oleh si miskin.

Tapi, masyarakat kita masih lagi senggang—tidak mahu menukar selera mereka. Realiti masih bermadu kasih dengan fantasi. Ada sudah drama-drama yang membina, drama keagamaan misalnya, tapi memandangkan masyarakat kita mutakhir ini hidup secara hedonisme, maka gejala ini amatlah sukar untuk dibendung.

Tengok, kamu paksa saya menulis secara formal dan pakai -isme.

Teruknya masyarakat kita sebab masih lagi dahaga untuk menghabiskan masa di kaca tv setiap petang. Semata-mata untuk memuaskan nafsu serakah yang tidak kunjung henti. Mahu tahu sambungan daripada episod kelmarin, yang si Jamariah terlupa menutup gas di rumah, misalnya. Aduh mak cik, patutlah penunggang agama marah-marah dalam ceramah. Memang perbuatan kamu itu semua sia-sia belaka. Betullah kata penunggang agama tu, elok lagi habiskan masa di rumah ibadat berbanding menghabiskan masa dengan sihir akhir zaman.

Yang mengundang bahaya apabila air liur dihabiskan untuk membicarakan tentang drama pop. Aduh mak cik, patutlah suami lari ke kedai mamak tengok anak dara. Ternyata perbuatan kamu itu sangat sia-sia. Anak-anak apa lagi, biarkan ibu mereka dijamah fantasi palsu dan mengambil kesempatan untuk keluar melepak. Eh, kamu ingat ada anak-anak zaman moden mahu habiskan masa di depan tv semata-mata mahu menonton Mira Filzah menangis?

Kamu silap. Memang ada.

Maaf mak cik-mak cik kalau terasa. Bukan kamu saja. Tapi yang muda daripada kamu pun ada. Anak-anak kamulah. Siapa lagi. Anak-anak muda terutamanya wanita yang tidak berselera untuk perubahan. Bukanlah kita mahu mempengaruhi mereka dengan hal-hal lughah, tapi memandangkan dadah mereka lebih membinasakan berbanding kita (ceh, mengaku moden), jadi mungkin sudah sampai masa untuk kita pimpin tangan mereka ke jalan yang benar.

Ya, kamu—Jamilah, Siti, Fatimah, Mawar dan Nurul. Alisyah, Eliziana dan geng-geng dia mungkin sudah selamat.

Kau terasa?

Hal ini tidak juga kita boleh elak. Sukar juga untuk dibendung sebenarnya. Tapi, mungkin cip di kepala mereka memang dikhaskan untuk hal-hal begini. Dan orang-orang macam kita (haraplah kau juga), adalah golongan-golongan yang sedar akan masalah ini.

Kamu tidak boleh menuding jari kepada sesiapa. Saya boleh. Sebab saya terus terang sudah menyampah dengan hal-hal begini. Adakah mereka berharap agar drama-drama mereka setanding dengan drama-drama di barat jika terus menerus menghidangkan resepi yang sama? Atau mereka memang tidak mahu pun setanding dengan negara luar, cukup sekadar ini sahaja batas mereka. Asal dapat memberi kepuasan kepada orang ramai. Asal rating siaran tv naik. Dan asal pelakon mampu mencari makan. Semua guna alasan ‘asal’. Dan kalau begitu, saya pun layak menggunakan apa juga alasan untuk menghentam kalian.

Tolonglah, banyak lagi benda yang lebih bernilai di luar sana. Cukup-cukuplah Disney yang mempromosikan fantasi wanita akan berkahwin dengan putera raja. Jangan sampai ada orang kaya yang senyum kepada kita, dan kita terus angau sampai tua. Itu bodoh. Fantasi itu membutakan mata, memekakkan telinga dan membunuh hati.

Ini baru drama melayu, belum lagi sinetron, telenovela dan drama korea. Ah, pening!

This entry was posted in: Adventura, Artikel

by

Saya seorang yang bosan dan pemalas--menulis bukanlah benda yang paling mudah bagi saya. Ada kalanya saya sering tergoda untuk baring seharian pada hari Ahad sambil menikmati filem-filem lazat sajian Hollywood berbanding menulis tentang anak matahari yang merindui pelangi. Begitu lah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s