Adventura, Poetry
Leave a Comment

Echo

Bunyi-bunyi gema itu mengingatkan hukuman Hera kepada aku, oh Echo yang menjengkelkan, kau sudah bisu, menumpang pada bunyi yang berulang, macam parasit, berulang-lang-lang-lang, sayang,

kau dan Echo adalah satu– bila aku teriak atas gunung, namamu melayang dari satu gunung ke satu lagi, ke satu lagi. Begitu dahsyat kecantikan yang berulang-ulang, dan sayang, ia tak abadi. Echo tak abadi dan apatah lagi engkau, apatah lagi hidup, atau kukuh, atau sempurna.

Abadi adalah fantasi yang paling laku di dunia, dan perasaan yang kita genggam ini hanyalah abu, antara benda paling rapuh, kononnya sebelum hati.

Esok lusa mungkin kau dah tak nak naik bas lagi, esok lusa selera kau dah jadi barat, kampung kau tolak mentah-mentah, biskut kau nak ada keju, baju kau tak nak nampak miskin, kau nak heels berbanding sneakers, atau selipar Jepun.

Kau akan rasa bangang, dan letih melihat muka aku berulang-ulang, dan esok lusa kau dah tak rasa abadi itu macam kosmetik yang jarang-jarang ada, tapi boleh beli.

Supaya aku bukan kompromi yang kau sesalkan, ini tulisan-tulisanku, mungkin adalah dua tiga puluh sajak atau cerita, tulisan-tulisan itu echo yang menyebut namamu dalam metafora yang tiadanya, dalam satu per tiga, sikit-sikit aku imbuh agar–

selain daripada abadi yang tak akan ada, kau tetap semua, walaupun bukan semuanya.

This entry was posted in: Adventura, Poetry

by

s.k, tidak mempunyai cita-cita tinggi. Sekalipun ada, dia tidak akan menulisnya di laman sesawang atau memberitahu kamu. Beliau sukar diramal, seperti tulisan-tulisannya. Pernah katanya, waktu cerek air di atas dapur, jika kamu rasa cerita selepasnya adalah air cerek itu dituang ke mana-mana, ramalan kamu seperti bulu pelepah di atas pagar. Terlalu selesa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s