Adventura, Fiksyen
Leave a Comment

Banquet of Kings

Alexander the Great, King Arthur dan Gilgamesh sedang duduk di atas tanah untuk membincangkan siapa di antara mereka raja yang paling mulia sekali.

Gilgamesh percaya bahawa raja harus mempunyai pemerintahan total kepada kerajaannya. Semua harta dan hasil bumi kerajaan adalah hak milik mutlaknya. Dan dia adalah raja yang harus dipandang seperti Tuhan oleh rakyat. Rakyat juga harus hidup hanya untuk berkhidmat kepada raja.

Alexander the Great ialah seorang penakluk. Dia percaya seorang raja yang baik lahir daripada kepercayaan yang diberikan oleh rakyat. Dia menganggap seorang raja harus mengilhamkan kesetiaan kepada rakyatnya―melalui jasa baik dan menjalani hidup sebagai seorang lelaki sejati. Dengan itu, api kesetiaan akan marak di hati rakyat dan sanggup mengikutinya walau ke pintu neraka. Dia berbeza pandangan dengan Gilgamesh mengenai rakyat hidup hanya untuk berkhidmat kepada raja. Kerajaan wujud untuk berkhidmat kepada raja. Dan tanpa raja, kerajaan tidak akan wujud.

King Arthur pula berbeza. Dia lebih percaya bahawa raja harus bersedia, sanggup dan berani untuk berkorban untuk mempertahankan kerajaannya. Raja juga wajib mempunyai kod sateria yang tidak boleh dilanggar biar apa sekalipun yang berlaku―termasuk mati. Raja juga adalah seorang yang menjadi contoh kepada rakyat.

Setelah satu persatu daripada mereka selesai mengutarakan pandangan masing-masing, suasana menjadi sunyi seketika.

Kemudian Alexander mengeluh kecil. Dia menghadap Arthur.

“Impian kau kecil… dan memalukan,” kata Alexander. Arthur terkejut dan merasa tidak puas hati. “Kenapa?” tanya Arthur.

“Seorang raja tidak harus meletakkan dirinya di hadapan. Seorang raja harus memberi inspirasi kepada rakyatnya agar sanggup berkorban demi raja. Kalau kau berada di barisan hadapan, dan membiarkan rakyat kau di belakang, kau hanya memalukan mereka yang sudah bersedia mati untuk kau. Kalau kau mati, maka rakyat akan terpinga-pinga tanpa ketua. Jangan jadi bodoh Arthur. Kau tidak boleh buat semua kerja sendiri.”

Gilgamesh hanya ketawa terbahak-bahak.

“Dan kau Gilgamesh, kau hanyalah seorang yang tamak. Harta tidak akan mampu menyelamatkan kau di medan perang.”

Disebabkan kenyataan Alexander itu, ketiga-tiga mereka berperang antara mereka. Khabarnya perang mereka masih lagi berlarutan ketika kamu masih lagi membaca tulisan ini.

“Sebab itulah bencana alam sekarang makin menjadi-jadi! Semua sebab tiga raja ini berperang di alam kematian!”

Jerit si gila sambil memetik gitarnya dengan rancak. Rakan barunya masih lagi terpancang macam kayu.

Tadi dia cerita pasal kakak dia bagi nyawa kepada bantal peluk.

This entry was posted in: Adventura, Fiksyen

by

Saya seorang yang bosan dan pemalas--menulis bukanlah benda yang paling mudah bagi saya. Ada kalanya saya sering tergoda untuk baring seharian pada hari Ahad sambil menikmati filem-filem lazat sajian Hollywood berbanding menulis tentang anak matahari yang merindui pelangi. Begitu lah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s