Adventura, Fiksyen
Leave a Comment

Kau Adalah Sebuah Warna yang Hilang

Pelangi bukan macam anak orang lain–dia membesar di jalanan. Di sanalah dia tinggal dan makan sisa-sisa orang lain. Setiap hari Pelangi bersedih mengenang nasibnya dan sering cemburu melihat mereka yang sebaya dengannya berpimpin tangan bersama ibu bapa. Memakai pakaian cantik-cantik dan dibelikan mainan baru. Pelangi juga mahu seperti itu. Tapi, setiap kali dia mahu menghampiri kedai mainan, dia akan dihalau dan kadang-kadang dipukul kerana dikhuatiri akan mencuri makanan.

Namanya diberikan oleh rakan imaginasinya. Hujan, dia menggelar dirinya. “Siapa nama kau?” soalan itu tidak mampu dijawab oleh Pelangi. Dia tidak tahu apa-apa mengenai dirinya kecuali dia perlu makan dan tidur. Hujan hanya senyum. “Baik, aku akan panggil kau Pelangi. Ya, mulai dari sekarang, nama kau Pelangi.”

“Pelangi? Apa itu?” soalan Pelangi itu buat Hujan ketawa. “Pelangi itu jambatan ke syurga. Pelangi sangat indah dan berwarna-warni. Macam pakaian aku.” Gelagat Hujan membuatkan Pelangi tertawa. Rasanya ini kali pertama dia ketawa sebegini. Yang berdiri dengan yakin di hadapan dia ialah seorang kanak-kanak yang sangat ceria, berwajah bersih, wangi dan mengenakan pakaian yang berwarna-warni. Seperti Pelangi.

“Saya ialah kawan imaginasi kamu, dan mulai dari hari ini, kamu tidak akan bersedih lagi.” Kata-kata Hujan itu menceriakan Pelangi.

Kini, Pelangi sudah tidak merasa bosan dan sedih. Bagi Pelangi, Hujan adalah warna yang menceriakan malamnya.

Suatu hari, Pelangi bertanya kepada Hujan, di mana tempat tinggalnya. Hujan kata dia datang dari langit. Pelangi tanya; di langit ada apa? Hujan senyum dan menjawab, “Kau dan aku ada di sana.”

“Semua orang di langit macam kau ya Hujan?” tanya Pelangi. Hujan hanya diam dan membalas dengan senyuman. “Esok, aku bawa kau ke sana ya, Pelangi. Esok aku akan bawakan kau pakaian cantik-cantik untuk kau pakai di langit.” Pelangi mengangguk dan berharap hari esok cepat tiba.

“Esok, Pelangi, aku akan bawa kau tinggal di rumah kami. Aku janji.”

Dalam perjalanan pulang, Hujan didatangi oleh dua lelaki mabuk.

Esoknya, kisah seorang anak orang kaya yang dibunuh tersebar di sekitar kota.

Malam itu, Pelangi kembali menjadi tidak berwarna.

This entry was posted in: Adventura, Fiksyen

by

Saya seorang yang bosan dan pemalas--menulis bukanlah benda yang paling mudah bagi saya. Ada kalanya saya sering tergoda untuk baring seharian pada hari Ahad sambil menikmati filem-filem lazat sajian Hollywood berbanding menulis tentang anak matahari yang merindui pelangi. Begitu lah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s