Adventura, Fiksyen
Leave a Comment

Sisa Nate

Di taman, atas sebuah bukit, dengan pemandangan kota metropolis, kami mengira lampu-lampu kosmik kecil yang ceria. Selepas itu, sambil duduk, Nate menunjuk dan membentuk sesuatu pada awan. Ada serbuk, katanya, dan serbuk itu mengalir dari liang jari jemariku ketika aku melakukan sesuatu pergerakan.

Dia tampak gembira. Di kaca matanya terpampang pantulan gambar kota, seperti ada sebuah rumah dan kehidupan yang lebih baik di sana, yang saya perlukan.

“Nate, saya mahu kata sesuatu,” Nate angguk, dua kali. Sewaktu Nate angguk, mulutnya muncung sedikit, comel. Saya menyebut laju, dalam hati; tahi suci (diterjemah), dia adalah pusaka sejuta umat manusia yang ada di seluruh dunia.

Saya ambil kertas dalam saku, lalu bacakan puisi (saya gelarkannya puisi agar cerita bertambah romantis) yang baru habis saya tulis semalam. Nate dengar, dan masih bermain dengan halusinasinya.

Tahu tak, katanya, aku mengukir setiap bait-bait puisimu di atas langit sekarang. Dia menunjuk ke arah langit, saya mendongak, seakan nampak apa yang dia cuba bayangkan. “Tapi, bila aku ukir, semua menjadi kabur. Lalu aku mencakar pula awan-awan yang ada di sebelahnya. Sa-ma sa-ha-ja.” Dia menyebut suku kata terakhir dengan berhati-hati. Mungkin puisi saya terlalu dalam hingga dia tenggelam untuk hadam.

Sini, katanya. Kami menyempitkan ruang. Dia membuka butang baju saya, menekan kuat ke arah dada sehingga tangannya masuk ke dalam, lalu dia menarik jantung saya keluar. Dia mengambil pelantang telinga tanpa wayar dalam beg tangannya, memasang kabel ke jantung secara rawak lalu kami dengar bersama-sama apa kehendak hati saya.

Apa yang saya dengar dari pelantang telinga itu bukanlah sesuatu yang saya mahu dia dengar. Bukan seperti maksud dalam puisi saya awal tadi. Mulanya saya cuba membahas, bahawa, itu kerana saya belum move on dari kejadian dulu.

“So, definisikan one night stand dan payudara mengancam yang saya dengar tadi,” katanya marah tapi lembut. Bungkam. Ketika ini, saya harap dia ingin membahaskan pasal ‘dia adalah pusaka sejuta umat manusia yang ada di seluruh dunia’ yang baru sebentar tadi saya ukir dalam hati untuk dia.

Jeda di antara kami menjelaskan bahawa penyudah cerita ini tidak seperti yang diharapkan. Sebelum beransur pulang, dia memberi balik jantung saya. Dan ketika memakainya kembali, perlahan-lahan, hati saya sakit, kekok, seperti Nate yang pernah ada di dalam ini, bertukar menjadi selumbar. Tertinggal di dalam.

~ Photo by Ariel Lustre

This entry was posted in: Adventura, Fiksyen

by

s.k, tidak mempunyai cita-cita tinggi. Sekalipun ada, dia tidak akan menulisnya di laman sesawang atau memberitahu kamu. Beliau sukar diramal, seperti tulisan-tulisannya. Pernah katanya, waktu cerek air di atas dapur, jika kamu rasa cerita selepasnya adalah air cerek itu dituang ke mana-mana, ramalan kamu seperti bulu pelepah di atas pagar. Terlalu selesa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s