Adventura, Fiksyen
Comment 1

Shatifil Aska

Semalam Aska terjumpa dengan seorang anak kecil–anak kecil sedang bermain dengan air laut di gigi pantai. Pantai dalam Bahasa Arab adalah ‘shati’, anak pula ‘tifl’. Jadi Aska berkehendak, atau suka hati sahaja memberi nama Shatifil kepada anak kecil itu, walaupun agak rumit sebenarnya untuk menyebut.

Belum habis menyiapkan sampan buatan dari sabut kelapa, ada mata air laut menenggelamkan Shatifil dengan sampannya. Aska hanya dapat melihat dari jauh, Shatifil hilang digendong alam.

Esoknya, Aska ke tempat itu semula. Ada Shatifil di gigi pantai, sedang membina istana pasir. Pintu utama istana kadang seperti hendak runtuh akibat dilanggar lidah laut. Selepas itu, Aska tahu, Shatifil akan cuba membuat sampan dari sabut kelapa. Aska perlahankan langkahnya mendekat, agar Shatifil tidak terkejut.

“Shatifil, Shatifil nak buat apa?” Aska menyapa mesra, walaupun sudah tahu.

“Saya nak buat sampan,” jawabnya.

Sampan tu nak buat apa, soal Aska. Nak bawa Shatifil menjelajah dunia ka, sambungnya. “Tak lah. Saya nak hantar dosa saya guna sampan ni naik ke tengah laut, lepas tu, harap laut berani meletakkan dosa itu ke dalam perutnya,”

“Eh, Shatifil masih kecil la. Belum boleh berdosa lagi. Masih berbau syurga.” Senyum Aska kepada Shatifil yang kini memandangnya dengan seribu ragu. Aska mengusap ubun Shatifil yang sibuk bermain dengan sabut kelapa, dan masih juga memandangnya dengan seribu ragu.

“Hari tu, Shatifil jumpa seekor katak. Kakinya patah, kak. Jadi Shatifil coba bagi dia jarum untuk jadi tongkat. Shatifil ingatkan katak ni berjalan. Sebenarnya melompat. Lepas sekali dia lompat, kaki sebelah yang baik tu, tercucuk jarum pula. Lepas tu matanya nampak merenung marah dengan Shatifil,”

“Adik tak sengaja–“

Lepas tu, celah Shatifil sebelum Aska menghabiskan katanya, katak tu pun mati sebab sekali dengan perut tercucuk jarum.

Lepas tu, sambungnya sambil menguli sabut dengan pasir pantai yang basah, Shatifil ke rumah pakcik. Kata orang dia ada magis, jadi Shatifil nak minta tolong dia hidupkan–

Aska mencerna sesuatu dalam ceritanya.

“…pakcik kata perlahan-lahan,”

“Rasanya akan ada basah-basah sikit kata pakcik. Mula-mula sakit macam luka kena air pantai, pedas. Lepas tu Shatifil akan rasa seronok lah, macam kita berseronok di pantai, kata pakcik.”

“Tapi kita mesti londehkan seluar kita terlebih dahulu, sebab kita kan nak berenang, kan? Kata pakcik tu lagi,” sambung Shatifil.

Perlahan-lahan, ada mata air yang datang memeluk tubuh kecil Shatifil menggunakan tangan kirinya, membuai Shatifil seperti anak kecil yang baru lahir.

Satu tangannya–tangan kanannya, menadah ke arah Aska, menadah lembut seperti seorang ibu memanggil anaknya untuk berpimpin tangan.

Tidak apa, kata Aska. Saya dah dewasa. Ambillah dosa saya yang kecil itu, saya dah ok.

This entry was posted in: Adventura, Fiksyen

by

s.k, tidak mempunyai cita-cita tinggi. Sekalipun ada, dia tidak akan menulisnya di laman sesawang atau memberitahu kamu. Beliau sukar diramal, seperti tulisan-tulisannya. Pernah katanya, waktu cerek air di atas dapur, jika kamu rasa cerita selepasnya adalah air cerek itu dituang ke mana-mana, ramalan kamu seperti bulu pelepah di atas pagar. Terlalu selesa.

1 Comment

  1. Anzia says

    Saya tertarik bila mana point utama cerita ini berbalik kepada tajuk utama. Satu dalam dua. Dua dalam satu. Menarik!

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s