Adventura, Fiksyen
Comment 1

Nyawa

Seorang jutawan sedang membaca surat khabar di suatu pagi. Hatinya tersentuh dengan keadaan dunia yang sangat nazak. Banyak kemiskinan berlaku di sekelilingnya sedang dia hidup senang lenang dan kaya raya.

“Aku banyak wang, aku akan bantu mereka semua.”

Jadi, tanpa berlengah, dia dermakan keseluruhan wang yang dia ada.

Dalam kegembiraan mereka yang memerlukan, dia ditinggalkan keluarga, hilang kedudukan, menjadi miskin dan tinggal sendirian di apartmen usang sambil bekerja sebagai tukang sapu.

Baginya, menjadi miskin demi membantu mereka yang memerlukan itu sepatutnya sudah cukup untuk membuatkan dia merasa bahagia, malangnya, dia masih lagi tidak tenteram.

Suatu hari, ketika sedang membaca surat khabar, dia terbaca tentang yang masih ramai lagi manusia yang mati kerana kurangnya penderma organ.

Dia sedar, menderma jutaan wang bukanlah penyelesaian kepada masalah dunia, tetapi ini.

Kali ini dia nekad.

Dia bergegas ke hospital dan mendermakan satu daripada buah pinggangnya.
Dan pembedahan itu berjaya.

Dia sepatutnya merasa bahagia selepas itu. Tetapi entah kenapa masih terdapat lompong di dalam hatinya.

“Masih tidak cukup,” katanya dalam hati.
“Dunia masih lagi nazak.”

Setelah dia sembuh, dia kembali ke hospital.

“Doktor, kali ini saya mahu dermakan semuanya.”

Doktor yang mendengar jadi tersentap.

“Apa yang kau maksudkan?”
“Kali ini, saya mahu dermakan paru-paru saya, tapi bukan setakat paru-paru, saya mahu dermakan hati saya, tapi bukan setakat hati, saya mahu dermakan biji mata saya, semua, semua yang ada. Saya mahu dermakan.”

Doktor melihat matanya yang bersungguh-sungguh seperti seorang pejuang yang sudah bersedia untuk mati di medan perang. Tetapi, ini bukan medan perang.

“Kau derma buah pinggang kau, itu tiada masalah, tetapi kalau kau derma semua, itu kerja gila. Itu bunuh diri.”

Doktor menyuruh dia pulang dan mengugut untuk mengurung dia di rumah suaka.

Tetapi, dia tidak boleh hidup aman dengan mengetahui manusia masih lagi menderita dan menyedari yang dia sebenarnya boleh membantu.

Jadi dia bagi satu benda yang masih ada dengan dia.

Nyawa.

This entry was posted in: Adventura, Fiksyen

by

Saya seorang yang bosan dan pemalas--menulis bukanlah benda yang paling mudah bagi saya. Ada kalanya saya sering tergoda untuk baring seharian pada hari Ahad sambil menikmati filem-filem lazat sajian Hollywood berbanding menulis tentang anak matahari yang merindui pelangi. Begitu lah.

1 Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s