Adventura, Fiksyen
Leave a Comment

Kekanda Adinda

Hari ini hari jadi dia. Kau sudah rancang macam-macam; tema, Dia. Kau tengah tunggu dia ambil kau. Dan sambil bersiap, kau loop lagu “Kekanda Adinda” di telefon. Kau tengok langit, cerah dan ceria. Seperti langit juga turut sama merasai kegembiraan kau.
Kau tengok telefon, ada notifikasi WhatsApp masuk. Kau sangka dia. Tapi dia tanya, “Bila kau mau pulang?” Soalan mesej itu bernada sedih walaupun dia tidak letak emoji.

Mood kau bertukar. Lagu jadi semakin sayup. Langit jadi mendung. Air mata kau mahu mengalir. Suasana sekeliling jadi kelabu. Ada sesuatu di dalam hati kau yang kau tahu salah tapi kau relakan. Ada sesuatu yang benar tapi engkau abaikan. Kau rasa diri kau semakin susut dimakan vorteks realiti dan kau rasa dunia yang sekarang ini memecah seperti kaca.

Kau terdengar bunyi hon kencang sedang ditekan di luar sana. Ada juga suara jiran yang bising sedang memarahi si bangang yang sedang tekan hon kuat-kuat itu. Kau jadi normal. Semuanya jadi normal. Suara Atilia yang riang seperti anak kecil menyerikan telinga kau. Dan hati kau berbunga-bunga. Dia yang kau nanti-nanti sedang tunggu kau di bawah.

Kau pantas mendapatkan dia. Belum sempat menarik nafas, kamu bertukar senyuman dan saling berpelukan. Tidak lupa juga bibir bertemu bibir. Oh, hari ini hari gembira.
Sepatutnya, seperti hari-hari sebelum, kamu ikut jalan yang sama ke bandar. Kali ini, kau kata kau mahu singgah membeli bunga, dan satu-satunya kedai yang ada menjual bunga, berada di jalan yang berbeza.

Sepatutnya, kalau ikut jalan yang berbeza, detik kau dengan dia sekarang, mulanya indah, dan penamatnya sempurna. Sepatutnya. Tapi, malangnya, kau bukan Superman yang boleh putar waktu untuk selamatkan Lois Lane.

Sebab, kereta kamu dilanggar. Dia mati di pangkuan kau semasa perjalanan ke hospital. Sepatutnya kau tahu hal ini akan terjadi. Kau tahu yang dia akan mati hari ini. Ya, kalau dia tidak pilih jalan ini, dan ikut jalan biasa yang kamu ikut, dia tidak mati, hanya lumpuh. Tapi kau tidak mahu lumpuh, kau mahu sempurna. Ya, kalau kamu tidak tinggalkan rumah, dia akan dirompak dan dibunuh pencuri. Ada tujuh kalau yang kau cuba sebelum kau sampai ke sini dan semua kalau itu pengakhirannya derita tiada bahagia.

Jadi, kau pulang ke dunia sebenar, di mana kaca saling pecah memecah, lagu tidak semerdu di mana-mana, matahari mengecut sembunyi di balik awan, dan dia yang sedang menanti engkau di atas kerusi roda.

Sebab, kau sudah penat dengar nama dia mati tujuh kali.

This entry was posted in: Adventura, Fiksyen

by

Saya seorang yang bosan dan pemalas--menulis bukanlah benda yang paling mudah bagi saya. Ada kalanya saya sering tergoda untuk baring seharian pada hari Ahad sambil menikmati filem-filem lazat sajian Hollywood berbanding menulis tentang anak matahari yang merindui pelangi. Begitu lah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s