Adventura, Puisi
Leave a Comment

Pusing, di Satu Tempat

Sudah pukul tiga suku, pagi,
mentari belum naik lagi,
ibu, masih menari dalam mimpi
tentang syurga, tentang hati,
tentang ayah yang berdondang cinta
entah ke mana, entah di mana.

Renjatan subuh,
kopi, nikotin rutin pagi,
daun-daun mati di balkoni
di hujung ibu jari kaki
membuat huruf U
macam nak isytihar
kewujudannya dalam spoken word poetry ini,

atau nak kata–

U, macam kau,
macam kamu.

Kau,
dunia itu hijau dan sederhana
dan bulat macam “O”, macam kosong
tapi hijau itu bukan mentah macam kau
dan sederhana itu bukan sekadar apa adanya,

tapi,
buat
supaya
dia
ada

dan,
diam, diam bukan sekadar ada isi
macam ubi, kau diam, maka kau tenggelam
dengan isi-isi
dan esok hari
bila kau keras macam kayu
kau marah sebab kau rasa,

bila kau diam,
dan kau berisi,
kau rasa special sangat
special sangat-sangat
dan esok hari, isi kau akan dituai
dengan izin kau kata

Tapi,
penuai ni manusia, kawan,
dan takkan terlahir untuk membaca;
hati atau isi atau masa depan atau,
adakah yang lalu akan bergolek
selamanya ke belakang atau menjadi ekor
di belakang bahagia
lalu tunggu masa
untuk tikam

macam kau
yang dulu aku
atau aku
yang dulu kau

Tapi kawan, jangan risau.
Bila kau sudah jadi kayu, mari sini,
kita patahkan sama-sama,
kita bakar diri kita dan hangatkan
tubuh ibu, rumah-rumah dan kehidupan yang dingin

cuma beritahu aku
di mana kita harus mula.

This entry was posted in: Adventura, Puisi

by

s.k, tidak mempunyai cita-cita tinggi. Sekalipun ada, dia tidak akan menulisnya di laman sesawang atau memberitahu kamu. Beliau sukar diramal, seperti tulisan-tulisannya. Pernah katanya, waktu cerek air di atas dapur, jika kamu rasa cerita selepasnya adalah air cerek itu dituang ke mana-mana, ramalan kamu seperti bulu pelepah di atas pagar. Terlalu selesa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s