Adventura, Fiksyen
Leave a Comment

Rinai Hujan

Hujan masih lagi ada di luar. Faiq, melihat hujan, katanya, memang tak ada kaitan dengan tangisan. Faiq berdehem. Di kedai kopi yang terletak di tengah-tengah kota ini, ada seorang perempuan yang nak sangat mengelak berjumpa dengannya. Tapi perempuan itu segera sedar bahawa idea itu sangat-sangat tak guna kerana dia hanyalah pelayan yang hot di kedai itu, dan Faiq adalah pelanggan tetap.

“Roses are red, violets are blue,” tulisan Faiq di atas tisu yang entah ke berapa kali dihantar kepada Ros. Ros memang menyala, dari rambut ke hujung siku, semua kemerah-merahan. Mungkin label hot yang diberi itu bukan dari segi payudara mengancam atau pun susuk tubuh violin wannabe. Tapi ada satu yang Ros suka dengan Faiq. Dia kelihatan bijak dalam sastera dan berkata-kata, walaupun segalanya kedengaran tidak logik.

Ada satu masa ketika hujan, dan pelanggan hanya dua tiga kerat saja, kebetulan Ros sedang mengelap cermin kedai, Faiq membebel sendiri tentang hujan. Manalah kita tidak dengar sesuatu bebelan ketika orang itu membebel dengan kuat dan kita hanya berjarak sejengkal dengannya, bukan?

Melihat hujan, katanya, memang tak ada kaitan dengan tangisan. Entah kenapa kali ini kepala Ros tiba-tiba bergerak ke suara Fiq dan mengatakan, “Wtf are you saying, brah?” Dan di sini bermulanya perkongsian ideologi yang berbeza di antara perempuan hot dan lelaki yang masih kabur wataknya dalam cerita ini. Dan watak yang masih kabur ini bijak menaikkan derauan darah seorang perempuan hot, di kala hujan.

Akhirnya kedua-dua membuat satu perjudian, di mana ketika hujan, di kedai kopi itu, masing-masing mengira siapa yang menangis dan siapa yang senyum. Dalam tempoh setahun, barangsiapa yang menang akan memperolehi kehendak yang dia mahu terhadap pesaingnya. Permintaan Faiq mudah, hari-hari Ros akan memberi dia secawan kopi secara percuma dan sekeping tisu, manakala Ros meminta Faiq cari kedai kopi lain dan sila buka mana-mana jendela bangunan tingkat lapan dan terjun dari sana.

Dan kita tahu, seperti dalam cerita, siapa pemenangnya setelah satu tahun berlalu. Ros sebenarnya tahu yang Faiq jatuh cinta dengannya dan Ros juga sama. Dia jatuh cinta kerana syarat Faiq terhadap pertaruhan tidak ketat sangat walaupun dia tahu yang dia akan menang. Tapi oleh kerana Faiq terlalu berbunga-bunga dan lambat menyampaikan hasrat, Ros sudah jatuh cinta dengan orang lain iaitu Victor, bos kedai kopi kacak itu–dia berdarah campuran Arab dan Perancis, dan suka berterus-terang dan kaya-raya.

2 tahun seterusnya, Ros berkahwin dan Faiq mati pula mengejut. Semua orang tak tahu kenapa dia mati mengejut, termasuklah Ros dan Victor, walau sekali pembaca cerita ini. Senang. Ini semua kerana hujan. Kerana pada waktu dia tahu Ros nak diijabkabul, waktu dia menangis meratapi kebodohan, ada rinai hujan yang menemani gelisahnya, seperti lagu Mr. Sonjaya.

This entry was posted in: Adventura, Fiksyen

by

s.k, tidak mempunyai cita-cita tinggi. Sekalipun ada, dia tidak akan menulisnya di laman sesawang atau memberitahu kamu. Beliau sukar diramal, seperti tulisan-tulisannya. Pernah katanya, waktu cerek air di atas dapur, jika kamu rasa cerita selepasnya adalah air cerek itu dituang ke mana-mana, ramalan kamu seperti bulu pelepah di atas pagar. Terlalu selesa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s