Adventura, Puisi
Leave a Comment

Seorang Pencinta itu Narsis

Aku tidak tahu bagaimana mahu meminjam kata-kata puisi dari buku nota yang kau tinggalkan
untuk dibaca di hari kematianmu
mencarinya juga aku tidak jumpa kerana kau suka bermain teka-teki
dan kau tahu
aku benci dengan setiap persoalan misteri yang kau reka hanya kerana kau percaya bahawa setiap dari kita berasal dari monyet
dan itu menurut kau adalah misteri yang paling agung di dunia

Puisi yang kau baca sebenarnya sudah basi menjadi keringat di dadaku
sama seperti kau suka menggabungkan puisi dengan kopi dalam penulisan
tiada originaliti dan berulang-ulang sehingga mematikan kualiti
sampai aku pasti kau bukanlah seperti nama-nama besar yang kau laungkan
kau hanya bersembunyi di balik bayang-bayang yang juga turut mahu melarikan diri
dan
kau adalah wajah kegagalan yang berbunyi kelakar dan hidup dalam dunia yang sunyi

Kau masih ingat kau pernah menulis tentang matahari yang muncul ketika malam
dan bintang menyinar dengan terang ketika matahari terik
kau bertanya kepada aku kenapa kau memilih metafora begitu
aku masih ingat aku hanya menggeleng kepala sambil menarik nikotin dan tar
dan kau melihat asap itu terbang bertukar menjadi rama-rama yang menumpahkan warna pelangi ke atas tanah
dan kau yakin setiap keegoan aku itu adalah muse untuk kau terus menulis
malah bagi kau aku adalah erti sebenar keperitan dan aku adalah watak telus dalam puisi yang kau karang

Sampai satu hari ketika lembaran terakhir pada buku nota itu kau biarkan kosong
dan menunggu untuk aku isikan dengan apa-apa pun
tidak kiralah contengan rawak ataupun tulisan hambar ataupun cukup dengan satu titik saja
kau tunggu dan tunggu dan tunggu
musim bunga ke musim bunga
kau tetap tunggu
walau aku tutup pintu untuk tidak diganggu
kerana kau tidak pernah menjawab
kenapa kau memilih panggil dia sayang dan aku kawan

This entry was posted in: Adventura, Puisi

by

Saya seorang yang bosan dan pemalas--menulis bukanlah benda yang paling mudah bagi saya. Ada kalanya saya sering tergoda untuk baring seharian pada hari Ahad sambil menikmati filem-filem lazat sajian Hollywood berbanding menulis tentang anak matahari yang merindui pelangi. Begitu lah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s