Adventura, Fiksyen
Leave a Comment

Jangka Masa I

Kucing ke sana, kucing ke sini. Kucing ke sana lagi, kucing ke sini lagi. Lalu dia tangkap rama-rama violet. Rama-rama datang sebab petanda–satu, ada orang besar nak datang ke rumah, kedua, tak penting, sebab sudah lewat dua minggu aku tunggu kau tengok Summer. Adakah ini petanda yang aku harus nikmati dengan kopi, orang besar? Besar, bagiku bukan macam benda yang kau nampak, kau teruja dan kau nak selalu, atau besar bukanlah setompok tahi lalat di bibir Mak Teh yang menganggu hubungan mata kami bila berbicara. Besar–bagiku, cukup seperti kopi ini. Walaupun hitam, kehadirannya menyetubuhi kehidupanku dari dalam dan diam-diam. Atau besar, macam kau, partie de ma vie. Aku mahu, bila kau buka pintu nanti, kau lihat Summer bermain dengan bebola, tengok saiz perutnya, raba dan tepuk-tepuk. Sesame tunggu kau, dia tak nak aku, macam fig, lemon balm, spinach, bunga pukul sembilan, halia, oregano, air plant sekalipun, dan tanaman-tanaman lain–terus siram dan jangan lupa aku.

Summer di sana, Summer di sini, Summer di sana, lalu Summer tangkap rama-rama. Summer makan rama-rama dan mulutnya warna ungu. Aku lupa ada dua petanda. Tapi aku pilih yang ke satu dulu.

This entry was posted in: Adventura, Fiksyen

by

s.k, tidak mempunyai cita-cita tinggi. Sekalipun ada, dia tidak akan menulisnya di laman sesawang atau memberitahu kamu. Beliau sukar diramal, seperti tulisan-tulisannya. Pernah katanya, waktu cerek air di atas dapur, jika kamu rasa cerita selepasnya adalah air cerek itu dituang ke mana-mana, ramalan kamu seperti bulu pelepah di atas pagar. Terlalu selesa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s