Adventura, Fiksyen
Leave a Comment

Jangka Masa II

Aku ke taman tema. Di sini, pertama kali kita bercumbu, dan waktu itu aku ada X. X ada hubungan dengan aku, dia isytihar begitu tapi aku dari dulu tak rasa apa-apa pun. X tak suka ke taman tema. Dia suka romantik, wangi lilin dan lampu kelip-kelip–ketika bersetubuh contohnya. Taman tema ini penuh dengan manusia mati yang mahu gembira, katanya. Tak, itu sarkas aku kata. Jadi, itulah sebab aku tak bawa kau ke sarkas. Kau suka sarkas, aku tahu. Kau suka tengok tikus pakai topi duduk atas kepala singa macam dia bos. Kau suka tengok ayam berlaga dan pengadilnya orang tua dengan bir. Kau suka Lyon, dia angkuh bila terbang ke udara lalu disambut oleh rakannya yang selalu pura-pura mahu jatuh. Kau suka cabaran, bukan macam X. Tapi, aku lebih suka tempat yang ok, macam taman tema. Semuanya ok. Sekarang aku duduk di tempat dulu hati kita membina rasa. Aku tengok bintang, dan aku tengok abstrak. Tapi tidak bila kau di sini. Bintang nampak tersusun bila kau jelaskan semuanya. Malam ni bintang ok, tapi tak nampak cantik macam yang selalu aku lihat dari mata kau. Bintang nampak lisse dan cair. Waktu aku tanya kau–adakah bintang nampak begitu bila pagi, kau diam. Kau kata aku naif. Aku ingat lagi soalan aku yang kau jawabkan dengan cumbu–adakah bintang tinggal di tempat yang sama bila pagi. Adakah kau sedang berkata, bintang ada di sana, dan boleh dibeli?

This entry was posted in: Adventura, Fiksyen

by

s.k, tidak mempunyai cita-cita tinggi. Sekalipun ada, dia tidak akan menulisnya di laman sesawang atau memberitahu kamu. Beliau sukar diramal, seperti tulisan-tulisannya. Pernah katanya, waktu cerek air di atas dapur, jika kamu rasa cerita selepasnya adalah air cerek itu dituang ke mana-mana, ramalan kamu seperti bulu pelepah di atas pagar. Terlalu selesa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s