Adventura, Fiksyen
Leave a Comment

Jangka Masa IV

Apa idea yang berlari-lari di kepala kita bila kita berpisah? Dia mengetap bibir. Kedai ini penuh dengan ketawa, sudu dan garfu berlaga, seperti kita sedang dalam peperangan. Dan sewaktu dia menyatakan sesuatu, aku harap bunyi-bunyi itu menelan suaranya hingga yang tinggal hanyalah diri dia yang dahulu. Ada kucing sedang menyondol kepala di kakiku, dan aku biarkan sahaja. Aku nak beritahu dia ini simbolik–kucing itu dia yang dahulu, tapi bukan di kaki, selalunya dia di bahu, ketika kami duduk menemani matahari balik ke rumah. Dia tunduk, tangannya menongkat di meja dan menutup matanya. Aku dengar esakan kecil, dan apa pilihan yang saya ada, tuan puan, jika seseorang itu meminta belas kasih, tapi nak lari dari kita?

“…………………………………………………………………………………………………………………………………………………,” titik infiniti seperti bunyi monitor jantung mengisytiharkan seseorang mati, atau,

meninggal la engkau.

“It was good while it lasted, ya?” atau ini. Ini yang paling sopan untuk balas esakannya. Mungkin lepas ini, aku balik rumah dan ambil tugas dia membuka butang bajuku, ambil bir dan duduk di sofa dan menangis sebab Netflix tayang filem yang macam jahanam malam itu.

This entry was posted in: Adventura, Fiksyen

by

s.k, tidak mempunyai cita-cita tinggi. Sekalipun ada, dia tidak akan menulisnya di laman sesawang atau memberitahu kamu. Beliau sukar diramal, seperti tulisan-tulisannya. Pernah katanya, waktu cerek air di atas dapur, jika kamu rasa cerita selepasnya adalah air cerek itu dituang ke mana-mana, ramalan kamu seperti bulu pelepah di atas pagar. Terlalu selesa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s