Adventura, Fiksyen
Leave a Comment

New Me, New You

Semalam waktu makan malam bersama rakan, dia cerita tentang bagaimana nasi itu sebenarnya tidak sihat dan mengundang penyakit. Panjang lebar dia bercerita tentang kebaikan oat dan keburukan nasi. Salah satunya, yang engkau ingat, nasi itu kandungan karbohidratnya tinggi. Jadi ia membahayakan.

Engkau hanya diam sambil menikmati nasi goreng ikan bilis yang sejak pagi lagi engkau idamkan. Dan berfikir tentang bagaimanalah perasaan ayah engkau kalau dia dengar kata-kata kawan engkau. Sedangkan engkau juga membesar dengan menanam padi dan menjadikan padi tuaian sebagai sumber makanan setiap hari. Malah, tidak pernah engkau sekeluarga membeli beras dari kedai. Hasil tuaian setiap tahun mampu menampung hidup kamu. Malah, kadang-kadang lebih. Jadi terpaksa sedekah kepada sesiapa yang menerima.

Kawan tanya kepada engkau, bila engkau mahu menjalani hidup sihat? Engkau menggeleng kepala tanda tidak tahu dan malas mahu layan. Dia mendengus, tidak bersetuju dan tidak berpuas hati dengan respon engkau. Jadi dia sambung menasihati engkau tentang kebaikan bersenam. Dan membacakan fakta-fakta yang dia kutip dari laman sesawang tentang kebaikan bersenam setiap hari.

Sebenarnya engkau ada perasaan tertarik. Tetapi, bila dia kata, yang dia sudah mendaftar untuk menjadi ahli di pusat gym berdekatan pejabat, dan mempelawa engkau untuk serta, engkau menolak. Lagi-lagi, bila dia maklumkan yuran keahlian setinggi RM50 setiap minggu. Engkau tanya mana logiknya yuran mahal begitu? Dia gelak dan bandingkan dengan ubat mahal dari hospital swasta. Engkau rasa perbandingan dia itu tidak masuk akal. Mungkin dia sihat tubuh badan, tetapi akal dia tidak cerdas. Mungkin.

Ketika kamu bertolak dari kedai makan, dia kata dia mahu singgah ke kedai runcit. Mahu beli makanan ringan. Barangkali dia masih lagi lapar. Sebab tadi, dia cuma makan sayur dan daging saja. Malah menurutnya, sejak hari Isnin, dia langsung tidak makan nasi tetapi hanya makan oat dan sayur-sayuran. Engkau rasa dia sudah mengalami satu fasa di mana dia perlu menghabiskan masanya dengan membaca buku-buku tentang kematian atau tentang agama sebelum dia terlambat.

Engkau hanya tengok dia membeli roti dan mentega. Untuk sarapan barangkali.

 

This entry was posted in: Adventura, Fiksyen

by

Saya seorang yang bosan dan pemalas--menulis bukanlah benda yang paling mudah bagi saya. Ada kalanya saya sering tergoda untuk baring seharian pada hari Ahad sambil menikmati filem-filem lazat sajian Hollywood berbanding menulis tentang anak matahari yang merindui pelangi. Begitu lah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s