Adventura, Fiksyen
Leave a Comment

Pagi

Aku bangun, di celah-celah jendela, matahari memasuk malu. Pagi macam tak mahu aku bangun. Dia suruh baring. Dia suruh aku mimpi lagi. Mimpi pasal seorang kekasih, meninggalkan kekasihnya, tiga kali, aku kira. Mimpi itu berulang-ulang. Macam ada sesuatu yang dia nak kata. Cuma dalam mimpi ini tiada dialog disediakan. Mimpi seperti mahu sekolahkan aku tentang perasaan yang tidak menjadi lisan. Begitu juga dengan pagi, sepertinya tidak mahu aku bangun dan tanya, adakah kekasihku akan tinggalkan aku seperti kekasih yang meninggalkan kekasihnya dalam mimpi. Aku bangun. Aku bangun tanpa kopi, sekarang, dan memeluk kekasihku, dan cuba tidak bertanya persoalan ini; adakah kau akan tinggalkan aku satu hari nanti. Aku cuma akan usap rambutnya. Dan aku akan kata, “Sayang, semalam aku mimpi ada robot datang, badannya tiga segi, dan menyuruh kita mulakan hidup baru. Lupakan benda sakit yang pernah aku buat dan begitu juga dengan aku.”

Kalau dia terkejut, aku akan kucup keningnya.

This entry was posted in: Adventura, Fiksyen

by

s.k, tidak mempunyai cita-cita tinggi. Sekalipun ada, dia tidak akan menulisnya di laman sesawang atau memberitahu kamu. Beliau sukar diramal, seperti tulisan-tulisannya. Pernah katanya, waktu cerek air di atas dapur, jika kamu rasa cerita selepasnya adalah air cerek itu dituang ke mana-mana, ramalan kamu seperti bulu pelepah di atas pagar. Terlalu selesa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s