Adventura, Fiksyen
Leave a Comment

Nota

Aku menulis nota ini ketika kau tiada di sini. Sekarang, malam, dan aku di taman. Aku mahu tulis sebuah sajak, bungkus dan letakkan setem murah lalu hantar ke tempat kau, tapi aku keliru. Yang mana paling murah. Setem di sini, atau sajak-sajak cinta.

Di taman ini ada pasangan yang romantis. Laki-lakinya berbadan sasa, tentera agaknya, dan perempuan itu pula sedang-sedang, tapi enak di mata. Dari tempat duduk ini aku boleh dengar dia asyik memuji tentang keberanian laki-laki itu; pejuang berani mati. Tentera, oh berani mati. Oh, aku hanya mampu tersenyum. Aku tertanya, adakah seorang yang berani mati itu selalunya senang melamar cinta, dan orang seperti aku, yang belum jelas kerjayanya, hanya akan dipertemu dengan kekasih seperti kau, yang barangkali buta. Namun ada satu yang patut kita persoalkan tentang hidup kita sebenarnya. Di mana terletaknya manusia yang paling berani; manusia yang berani mati atau manusia yang berani hidup.

Oh, maaf. Aku terlalu banyak bertanya, dan lupa tulis bagaimana keadaan di sini. Mungkin ketika kau tengah baca nota ini, kau sedang rindu, dan lupa, bagaimana abstrak bokeh yang kita lihat di belakang kita dahulu. Semuanya sama, cuma jarangnya agak nampak sebab tiada apa-apa figura di depanku. Angin di sini sederhana saja, tidak dingin sehingga kau perlu memeluk aku. Dan hari-hari di sini seperti hari baru, kerana kau tiada di sebelahku.

This entry was posted in: Adventura, Fiksyen

by

s.k, tidak mempunyai cita-cita tinggi. Sekalipun ada, dia tidak akan menulisnya di laman sesawang atau memberitahu kamu. Beliau sukar diramal, seperti tulisan-tulisannya. Pernah katanya, waktu cerek air di atas dapur, jika kamu rasa cerita selepasnya adalah air cerek itu dituang ke mana-mana, ramalan kamu seperti bulu pelepah di atas pagar. Terlalu selesa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s