Adventura, Artikel
Leave a Comment

Tempat Persembunyian

Dua tiga hari ni saya selalu baca tulisan-tulisan power. Dan bila baca benda begitu, tentulah hati ini akan gatal untuk memakai kasut yang sama. M Aan Mansur misalnya. Yang puisinya itu seperti sudah diikat kemas, suku katanya seperti tali yang dirapi-rapikan agar pembacanya rasa sedap saja. Sedap sampai ada beberapa baris yang kita tidak faham tapi kita biarkan saja. Lantaklah.

Nanti hilang serinya. Nanti hilang rasanya.

Atau itu hanya terjadi pada saya?

Saya suka dengan satu ayat yang saya baca di artikel random tentang ideanya pasal puisi. Katanya, puisi adalah pulau ilusi. Tempat persembunyian harta karun, yang kurun.

Mungkin maksudnya setiap puisi itu adalah sebaik-baik persembunyian pemuisi. Misteri ini akan ada selama-lamanya agar kita selalu disegar-segarkan dengan magisnya.

Tapi, tempat persembuyian seperti pulau ilusi itu sebenarnya bermula dari kata umum, iaitu tulisan. Bukan bergantung pada puisi sahaja.

Novel juga salah satu tempat persembunyian J.D Salinger satu masa dulu ketika beliau menulis The Catcher in the Rye. Begitu juga dengan cerpen, atau artikel, esei-esei dan sebagainya.

Cuma dengan menulis, kita boleh bersembunyi berapa banyak kali yang kita mahu di dalamnya. Walaupun tulisan itu tidak serapi puisi-puisi M Aan Mansur, dia ada cara dia. Dan kita ada cara kita. Cuma kita perlu mencari, sebab tali kasut tidak akan tersimpul sendiri.

Sufian Abas pernah berkata, untuk menjadi penulis yang baik kau perlu menulis dengan baik.

Semudah itu.

Jadi apa kata, kita tulis suka-suka dulu.

This entry was posted in: Adventura, Artikel

by

s.k, tidak mempunyai cita-cita tinggi. Sekalipun ada, dia tidak akan menulisnya di laman sesawang atau memberitahu kamu. Beliau sukar diramal, seperti tulisan-tulisannya. Pernah katanya, waktu cerek air di atas dapur, jika kamu rasa cerita selepasnya adalah air cerek itu dituang ke mana-mana, ramalan kamu seperti bulu pelepah di atas pagar. Terlalu selesa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s