Adventura, Fiksyen
Leave a Comment

Jauh

Reomi di atas talian, dari Alaska, dengan slang barat yang masih pekat, tidak beberapa fasih bahasa, aku tak mengharap apa-apa. Ada hari Reomi selalu mesej, bertukar kepada panggilan video, bertanya khabar, dan selepasnya seperti biasa menggunakan taringnya yang cantik, dia mencabut butang-butang bajunya, satu persatu, sekat-sekat Skype, seksi.

Aku selalu pesan itu adalah satu pembaziran. Baju itu boleh dipakai balik, aku kata, dan apa salahnya dengan membukanya dengan tangan saja sebab di akhirnya kita semua hadap benda yang sama; kadang-kadang diakhiri dengan penyesalan dan sebatang rokok atau satu jeda yang janggal.

Seperti kata Confucius, segala yang berada di syurga nampak kecil, dan apa erti pembaziran kalau awak yang paling menyala sekali, katanya.

Aku jawab panggilan, dia kata hai. Aku kata hai. Dan tiba-tiba hai seperti penanda koma dalam setiap perenggan Sufian Abas, dua belas minit. Dua belas minit adalah selamanya. Di sana, di sini. Kami masing-masing di talian, tapi masing-masing melihat dinding bilik, melihat nota-nota kecil di hujung fail, abu rokok celaru di bawah kipas, lagu-lagu yang diulang alik (sehingga aku boleh ulang rentak ketukannya guna dua tulang jari), komputer riba yang sedang tidur, atau poster-poster lama.

Dia kata hai lagi, dan aku kata hai, lagi. Dalam telefon aku boleh dengar hai aku bergema seolah kami dalam satu dewan, dewan kecil yang kita boleh sentuh guna jari, dan di dalamnya ada manusia genit tengah menari kontemporari, dalam satu kosmos, lalu kepenatan dan tidur bergelimpangan, macam satu holokus.

Di talian, dia ketawa. Dia kata you dengar tak suara I, ada echo. Dia mula bermain-main di dalamnya, seperti kami di dua gunung yang berbeza. Di puncak yang berbeza, berteriak antara satu sama lain sambil ketawa, cuma yang menyedari kehadirannya di sana adalah aku, dan yang menyedari aku, di puncak gunung yang satu ini, tiada. Dan ketika di sini hujan, aku hanya dapat mematikan panggilan.

This entry was posted in: Adventura, Fiksyen

by

s.k, tidak mempunyai cita-cita tinggi. Sekalipun ada, dia tidak akan menulisnya di laman sesawang atau memberitahu kamu. Beliau sukar diramal, seperti tulisan-tulisannya. Pernah katanya, waktu cerek air di atas dapur, jika kamu rasa cerita selepasnya adalah air cerek itu dituang ke mana-mana, ramalan kamu seperti bulu pelepah di atas pagar. Terlalu selesa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s