Adventura, Fiksyen
Leave a Comment

Menjadi Gergasi itu, Tidaklah Merugikan

Tatkala dia terjaga, dia menjadi seekor gergasi yang berwajah kacak. Barangkali ini disebabkan oleh kombinasi semalam, kawan dia bercerita pasal Leonardo DiCaprio dan sebelum dia tidur, dia tengok filem Godzilla dan berbisik di dalam hati, “Mungkin Godzilla ni pun ada keinginan untuk mendirikan rumah tangga dan bercucuk tanam di luar rumah.” Dan tidak semena-mena, dua kombinasi ini menjelmakan dia sebagai seekor gergasi kacak.

Mungkin ini bukan satu petanda buruk. Sebab di dunia sekarang, orang yang kacak sering ditinggalkan wanita kerana kebodohan mereka sendiri. Betullah, orang yang kacak dan tidak berotak ni kalau sudah berpisah dengan teman wanita, yang tinggal hanyalah kekacakkannya. Dan itu adalah suatu kerugian.

Usai mandi, dia agak kecewa sebab semua pakaiannya sudah tidak muat lagi. Rasa malang sebab antara pakaiannya keluaran terhad. Jadi dia rasa was-was sama ada mahu keluar hari ini atau tidak.

Tapi, selepas gagal meyakinkan diri bahawa makanan di rumah masih cukup untuk seekor gergasi, dia berkeputusan untuk keluar dan makan.

Bila dia sampai di restoran kegemarannya, tuan kedai dengan ramah memberi layanan. Perkara ini belum pernah terjadi terhadap dirinya di mana-mana sedangkan baru kelmarin dia hampir bergaduh dengan tuan kedai kerana tersalah menu. Mungkin menjadi gergasi kacak ini tidaklah merugikan sangat. Dan yang lebih menarik, bila dia minta sepinggan nasi, yang sampai; setalam nasi. Dia bersyukur sangat. Nasib baik dia tidak tengok filem Ninja Turtle semalam. Kalau tidak, entah apa yang akan jadi.

Hari ini dia rasa sungguh gembira, ke mana saja dia pergi, dia dilayan seperti seorang selebriti. Ada yang kata wajah dia iras-iras Leonardo DiCaprio dan ada juga yang mengatakan bahawa tubuh badan dia ini sangat luar biasa dan menggiurkan.

Malam itu, kawan dia rancak bercerita pasal Megan Fox dan skandal pembedahan plastiknya. Dan dia, tengah mencari filem apa yang sesuai untuk ditonton malam ini.

This entry was posted in: Adventura, Fiksyen

by

Saya seorang yang bosan dan pemalas--menulis bukanlah benda yang paling mudah bagi saya. Ada kalanya saya sering tergoda untuk baring seharian pada hari Ahad sambil menikmati filem-filem lazat sajian Hollywood berbanding menulis tentang anak matahari yang merindui pelangi. Begitu lah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s