Adventura, Fiksyen
Leave a Comment

Merenung

Setiap kali tutup mata, sepatutnya kita akan nampak apa yang biasa kita nampak; bintil-bintil hitam, serbuk yang terpecah-pecah tidak mengikut paksi, hujan, angin, metamorfosis kecil. Namun setiap kali Razman menutup mata, setiap kali itu jugalah Sandra berada di tepinya, tidur nyenyak memeluk selimut. Berkali-kali Razman pejamkan mata, buka, dan apa yang dia dapat adalah harum dari rambut Sandra. Sandra kelihatan aman, walau sekali itu Razman sengaja menggerakkan badannya lalu tersentuh belakang Sandra, namun dia tidak berganjak.

Begitulah setiap kali malam, Razman hanya memerhati Sandra, dan dia tidak dapat lena sehinggalah warna subuh muncul pada muka langit, setiap hari. Enam bulan kemudiannya Razman mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Sandra- yang benar-benar wujud dan bernafas, bukan seperti figura keras memeluk selimut seperti dalam mimpinya, bekas kekasihnya, di restoran kegemaran sewaktu mereka masih bersama dulu. Masing-masing masih lagi memesan makanan kegemaran, kata Sandra ianya klise kalau saya memesan benda yang lain kerana bukan itu saja cara untuk menghantar mesej yang saya dah lupakan awak, senyum.

Razman gelisah. Bukan kerana apa yang bermain dalam kepalanya, atau hatinya, bukan kerana dirinya sudah lupus dari ingatan Sandra. Sebentar, kata Razman, siapa nama awak. Koko, katanya. Koko, kata Razman, ya, kata Koko. Bukan Sandra? Bukan, kata Koko, kenapa? Tak, kata Razman, awak kelihatan seperti Sandra dalam mimpi. Koko tanya siapa Sandra, Razman mengangkat bahu, seakan itu saja yang dia boleh buat pada waktu itu. Petang di restoran, Razman dan Koko kelihatan janggal. Seperti tiada apa yang tinggal; tiada kenangan yang baik atau satu pergaduhan, seperti dulunya tiada cinta yang mereka boleh bualkan.

Selepas habis, Razman mengajak Koko menonton wayang namun Koko menolak. Katanya nanti Razman akan cuba mengajaknya balik ke rumah, dan dia akan kelihatan seperti seorang perempuan murahan yang akan menurut saja kehendaknya lalu malamnya, mereka akan balik ke apartment murah Razman kemudian bersenggama. Razman hanya ingin bersopan dan menjaga hati Koko kerana makan malam tadi enak tapi ketat seperti ada getah antara mereka kerana situasi janggal itu namun Koko kata it’s okay.

Malam itu, ketika Razman mahu melelapkan mata, seperti biasa Sandra masih lagi berada di tepinya, tidur nyenyak memeluk selimut. Razman mahu mengaku sesuatu kepada Sandra namun keterbatasan masa yang mereka berdua ada hanyalah satu paradoks yang kekal lama. Dan apa yang dia buat selepasnya adalah seperti apa yang orang lain akan buat; menarik selimut yang dipeluk Sandra dan tidur berselimut bersama.

This entry was posted in: Adventura, Fiksyen

by

s.k, tidak mempunyai cita-cita tinggi. Sekalipun ada, dia tidak akan menulisnya di laman sesawang atau memberitahu kamu. Beliau sukar diramal, seperti tulisan-tulisannya. Pernah katanya, waktu cerek air di atas dapur, jika kamu rasa cerita selepasnya adalah air cerek itu dituang ke mana-mana, ramalan kamu seperti bulu pelepah di atas pagar. Terlalu selesa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s