Adventura, Fiksyen
Leave a Comment

Tentang Anas dan Mahasiswa Cantik

Anas adalah seorang aktivis yang radikal. Resume-nya sarat dengan kegiatan aktivisme yang melayakkan dia bekerja di organisasi perubahan polisi dan sosial bertaraf antarabangsa (kalau ada). Tapi, semakin banyak kegiatan aktivis dia ceburi, semakin dia menjadi selektif. Contohnya, kalau ada remaja buat demo pasal kenaikan harga minyak, dia tidak akan ikut. Tapi, kalau ada remaja yang demo pasal korupsi menteri itu atau ini, dia akan ikut. Begitulah.

Satu hari, dia terbaca tentang rampasan tanah kampung oleh syarikat pemaju yang korup. Tapi, orang kampung tidak menentang secara serius. Anas mahu turun demo. Baginya, ini menepati profilnya. Jadi dia kumpulkan rakan-rakan, sebanyak mana yang boleh, untuk turun demo dan buat provokasi.

Setibanya mereka di sana, keadaan sudah tegang. Rupanya sudah ada pihak aktivis lain yang buat demo. Tapi, mereka ni masih mentah dalam pandangan Anas. Ya lah, hanya jerit-jerit angkat kad saja. Itu Anas sudah buat 10 tahun yang lalu.

Jadi Anas kumpulkan mereka semua, termasuk sejumlah penduduk kampung yang berminat. Anas terangkan secara menyeluruh dan teliti kepada mereka. Dan ternyata wajah kumpulan aktivis mentah tadi kelihatan tergamam dengan kehebatan Anas. Barulah Anas tahu, rupanya mereka ini baru tahun satu universiti. Baru mahu berjinak-jinak dalam dunia aktivisme.

Esok mereka akan buat demo besar-besaran. Hari ini tidak boleh kata Anas, kena bina momentum terlebih dahulu. Dia suruh mereka semua pulang dan buat ulang kaji. Begitu juga dengan orang kampung, kena kumpul ahli, buat ramai, baru seronok. Menurut Anas lagi, esok, demo ini akan buat pemaju terus berhenti dan berambus dari kampung ini. Begitulah.

Tapi, esoknya Anas tidak muncul. Semua penduduk kampung sudah bersedia dengan semangat berkobar-kobar. Mahasiswa yang kelmarinnya mentah itu sudah datang dengan persediaan yang rapi termasuk rakan-rakan Anas. Semua ahli demo sudah bersedia untuk mati. Tapi, Anas di mana?

Kelmarin, sebelum bersurai, Anas ditegur oleh seorang mahasiswa cantik. Mereka berbual-bual dan entah bagaimana perbualan itu membuatkan mereka berdua kini (sewaktu demo akan berlangsung) berada di lapangan terbang untuk ke Bandung. Anas sudah lupa segalanya-galanya tentang perjuangan. Bila rakan Anas telefon, dia tidak endah dan balas di chat kumpulan WhatsApp aktivis, “Perjuangan cinta itu jauh lebih hebat dan layak diperjuangkan,” sebelum keluar dari group tersebut.

Tanpa Anas ketahui, sebenarnya mahasiswa cantik itu diupah oleh pemaju untuk perdayakan Anas. Mengikut rancangan, sampai Bandung, mahasiswa cantik itu akan lari bersama dompet berisi dokumen pengenalan diri dan wang Anas dan juga tiket pulang Malaysia. Itu menurut rancangan, tapi, semalam selepas Anas membacakan puisi cinta Soe Hok Gie, dia sudah jatuh hati dengan Anas.

This entry was posted in: Adventura, Fiksyen

by

Saya seorang yang bosan dan pemalas--menulis bukanlah benda yang paling mudah bagi saya. Ada kalanya saya sering tergoda untuk baring seharian pada hari Ahad sambil menikmati filem-filem lazat sajian Hollywood berbanding menulis tentang anak matahari yang merindui pelangi. Begitu lah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s