Author: Adi HJ

Mitos Sebuah Perjuangan

“Tengok macam nenek moyang kita, semuanya sihat-sihat belaka. Ada yang usia mereka mencecah dekat seratus tahun. Kau tau sebab apa? Sebab dorang makan makanan yang sihat-sihat. Makanan kita sekarang sudah tidak sihat. Semuanya hasil uji kaji makmal. Tengok ayam kau tu, artifisial”.

Seorang Pencinta itu Narsis

Aku tidak tahu bagaimana mahu meminjam kata-kata puisi dari buku nota yang kau tinggalkan untuk dibaca di hari kematianmu mencarinya juga aku tidak jumpa kerana kau suka bermain teka-teki dan kau tahu aku benci dengan setiap persoalan misteri yang kau reka hanya kerana kau percaya bahawa setiap dari kita berasal dari monyet dan itu menurut kau adalah misteri yang paling agung di dunia Puisi yang kau baca sebenarnya sudah basi menjadi keringat di dadaku sama seperti kau suka menggabungkan puisi dengan kopi dalam penulisan tiada originaliti dan berulang-ulang sehingga mematikan kualiti sampai aku pasti kau bukanlah seperti nama-nama besar yang kau laungkan kau hanya bersembunyi di balik bayang-bayang yang juga turut mahu melarikan diri dan kau adalah wajah kegagalan yang berbunyi kelakar dan hidup dalam dunia yang sunyi Kau masih ingat kau pernah menulis tentang matahari yang muncul ketika malam dan bintang menyinar dengan terang ketika matahari terik kau bertanya kepada aku kenapa kau memilih metafora begitu aku masih ingat aku hanya menggeleng kepala sambil menarik nikotin dan tar dan kau melihat asap itu terbang …