All posts filed under: Adventura

Insta

Seperti seorang kekasih, ada hari, ketika Edit membuka buku, dan dingin yang memasuki dari celah jendelanya membuat kulitnya rasa selesa, lembut. Hujan, rintik-rintik, dan buku, seorang kekasih, seperti biasa sentiasa akan menghangatkan kakinya seperti sehelai selimut. Itu yang dia mahukan. Itu yang dia tulis ketika lagu Chill sedang bermain, di Insta, lewat kepsyen pendek yang bertajuk “SYS” – See You Soon bergambar pensil 2B bertaris dan buku nota kulit yang rabak di atas meja, dengan meninggikan sedikit ketajamannya kepada 80%. Lima belas minit kemudian, Edit membuka kembali Instanya, mengharap sesuatu akan berlaku–lebih tepat, Sarah, menekan punat hati di gambarnya dan meletakkan komen yang positif; lidah awak puitis dan saya suka, atau ajarkan saya tentang puisi, sesuatu seperti itu. Hari-hari Edit menjenguk Insta Sarah; seorang yang fotogenik, tidak kira di mana dia bergambar akan kelihatan flawless, bibirnya berbentuk hati, kontek lens warna kelabu, dan tudung yang bertukar-tukar cara. Ah, kata Edit dalam hati, mustahil perempuan berpengikut puluhan ribu itu akan menyukai gambarnya. Dan Sarah, dengan meletakkan komen kepada gambar yang hanya mempunyai lima like saja adalah …

Mitos Sebuah Perjuangan

“Tengok macam nenek moyang kita, semuanya sihat-sihat belaka. Ada yang usia mereka mencecah dekat seratus tahun. Kau tau sebab apa? Sebab dorang makan makanan yang sihat-sihat. Makanan kita sekarang sudah tidak sihat. Semuanya hasil uji kaji makmal. Tengok ayam kau tu, artifisial”.