All posts filed under: Artikel

Buku Jalanan Ranau 11: Cerita Rakyat

  Antara melawan perlanggaran program, masa dan kemalasan, akhirnya pada 22 April 2017, saya berpeluang ke Ranau untuk Buku Jalanan Ranau siri ke-11 dengan tema Cerita Rakyat. Awalnya, sikit terbatal niat. Sebab kawan cancel. Hahaha. Tapi, nasib baik juga ada kawan yang sangat teruja mahu ke sana. Shoutout untuk M I Fitri dan Apis Cuer kerana sudi menemani. Jyeah! Tapi, kalau difikirkan balik, memang akan ke sana juga biarpun sendirian. Sebab, sudah booking baju. Hahaha. Baik. Pada awalnya, saya agak skeptikal tentang program Buku Jalanan. Ya lah, di tempat saya sendiri, Tambunan, tiada penggiat. Malah, di Kota Kinabalu pun timbul-tenggelam-timbul-tenggelam. Di Ranau sangat berbeza. Dari segi sambutan, cukup membanggakan dan membuatkan saya sangat teruja. Ramai oh! Ingatkan ramai disebabkan kehadiran Pangrok Sulap, memandangkan dorang juga turut serta untuk acara jualan bagi mengumpul dana ke Spain. Tapi, sebenarnya ramai yang hadir untuk Buku Jalanan. Menambahkan keterujaan saya bila adik Fatin yang baru Tingkatan 4, berkongsi fasal cerpen yang dia baca. Cardboard Mansion karya Farida Karodia. Biarpun dia petik dari buku teks sastera, namun, apa yang penting …

ATAPCOKLAT Berbagi Kasih Buat Julung Kalinya

Seminggu sebelum event, saya jumpa KEPALABUMI di kedai dorang, waktu tu belum ada nama lagi, lagipun, beberapa hari sebelumnya, otak saya ligat memikir apa nama yang sesuai untuk kedai dorang. “ATAPCOKLAT,” dia kata. Saya diam. Melekat memang. Bersifat sederhana dan seperti kata-kata penulis lokal yang saya kagumi, ringkas dan membekas. Seperti déjà vu (entah boleh panggil déjà vu atau tidak) kami bercerita pasal event dorang yang saya mau cerita ni. Jadi, lepas bertelingkah selama sehari dalam pembikinan poster dan FIFA, akhirnya kami capai kata sepakat. Maka, berlangsunglah event sulung ATAPCOKLAT (BELIBACABUKUxKEPALABUMI) di Laman Seni, Wisma Kebudayaan Kota Kinabalu pada 23 April 2017. Seperti nama kedainya, comel dan bersifat sederhana, begitulah juga yang berlaku sepanjang event. Sederhana dari segi jumlah kehadiran, tidak bising, tidak diam, tidak eksklusif, tidak jalanan, tidak kenyang, tidak lapar dan tidak manis, tidak tawar. Yang penting, kualiti, kebersamaan dan kasih sayang saling mencurah-curah dahsyatnya bersama sinar mentari yang teriknya, ya ampun. Tapi, air keringat tetap dikongsi seperti jus jagung yang sedap pada waktu itu.   Untuk seketika itu, kami semua ketawa bila …

Stalking Her Exes

What’s he doing in Thailand? She couldn’t help it. She’s couldn’t stop stalking her exes. Social media has made it possible to gain access to people’s personal lives from a distance and in her mind, it would be a waste to not reap the benefits of the digital age. Besides, it brought so many emotions out in her. She was a writer so she told herself obsession has a different purpose for her than it does other people. Writers need to have full grasp of their emotions to be able to relate to their readers and that required them to go to the extremes of every emotion, even the less fun ones. Most people don’t have room in their lives for obsession but this girl, this girl was different. She had purpose. She had excuse. And it helped that she never told anyone about it. Who’s that girl next to him? She would pick apart every post, every engagement. She would hover over every tag, click on every stranger (especially if they were of the …

Memang Mahu Buat Kau Terasa

Angkat tangan kalau kamu menyampah dengan drama-drama tv sekarang. Woah, ramai! Ya benar, kita disajikan dengan drama-drama mengarut yang tidak masuk akal. Resepi sinetron Indonesia. Adakah negara kita kelambatan mahu buat drama-drama macam ni? Atau sebab di rumah kami tiada tv, jadi saya yang ketinggalan zaman? Kamu tenang, saya mahu bising pasal selera penonton sekarang. Tidak dinafikan semua itu adalah formula komersialisme yang sukses. Sama seperti buku-buku popular sekarang. Semuanya berunsur cinta terhalang dan yang seanteronya. Contoh paling senang, filem Ombak Rindu masih lagi terngiang-ngiang di kepala saya berbanding filem Interchange. Kenapa? Kerana nilai komersial filem Ombak Rindu mengatasi filem Interchange. Menunjukkan unsur kapitalis di negara Islam ini sangat kuat. Kau terasa? Drama pop adalah fiksyen semata-mata. Itu kata mereka. Sangat mustahil berlaku dalam kehidupan realiti. Entahlah, mungkin 1% daripada orang kaya yang benar-benar bercinta dengan orang kampung. Itupun mungkin bukan atas dasar cinta ke syurga. Tapi sebab si kaya dipugai oleh si miskin. Tapi, masyarakat kita masih lagi senggang—tidak mahu menukar selera mereka. Realiti masih bermadu kasih dengan fantasi. Ada sudah drama-drama yang membina, …

Formaliti Adalah Tahi

Saya adalah pembenci formaliti. Tidaklah sekeras sehingga mahu buat demo dan menghasut para menteri untuk hentikan sebarang majlis formal. Itu, mereka punya hal. Tapi, kalau dalam bab-bab kecil yang boleh bagi impak gergasi—ini yang saya selalu perjuangkan dan pernah bermati-matian perjuangkan. Dahulu, sejak bangku sekolah, saya sudah puas dengan majlis-majlis formal di dewan ataupun bilik darjah yang dijadikan dewan ataupun padang sekolah yang dijadikan dewan sementara. Orang-orang atasan sekolah mesti menjemput pegawai itu, pegawai ini, datuk itu, datuk ini—atas dasar formaliti itu penting untuk menjaga nama baik sekolah tersebut. Tapi, apa yang sering berlaku adalah, orang-orang tua yang mengipas orang-orang berpengaruh. Itu saja. Mungkin orang berpengaruh itu pun sedang tertanya-tanya dan menyesal kenapa dia terima pelawaan ini. Untuk imej barangkali. Ah, mainan politik. Kemudian, lepas saya sudah banyak menjelajah ke sana sini, sakit hati berkali-kali, sehingga saya menjadi sedikit sedar; saya rasakan formaliti adalah tahi. Prosedur sebegitu sangat membebankan. Macamana kalau datuk tidak dapat hadir? Kena cari datuk lain. Kalau tiada datuk yang mahu datang? Majlis tidak dapat berjalan? Kalau datuk lambat sampai, majlis pun …

Dingin Damai: Payung Teduh Live in Kuching ’16

Kalau mahu cakap nama Payung Teduh di Malaysia, mungkin sekerat saja yang tau. Adapun, yang dengar-dengar dari orang. Kuantiti peminat mereka masih lagi sikit, berbanding band-band Indonesia yang lain. Tapi, peminat yang berkualiti itu cukup untuk menempatkan nama Payung Teduh sangat istimewa di hati para peminat. Buktinya, waktu kedatangan Payung Teduh ke Kuching hari minggu lalu (4 Disember ’16) di Emillie Cafe dan Pasa Tapok, tidak ramai betul yang datang. Ada juga yang datang sebab dia bosan di rumah, skrol Facebook, nampak ada acara Payung Teduh, datang. Tanpa tau apa-apa mengenai Payung Teduh, dan saya harap orang tu jadi peminat lepas ini. Ya. Malam itu yang datang rata-rata peminat setia. Sebab walaupun acara bermula lewat disebabkan masalah teknikal, kami semua menunggu dengan sabar, di atas sini melayang-layang. Walaupun ada suara-suara sumbang yang kecil hati sebab lambat, tapi suara dia tu masih lagi tenggelam di bawah payung setia yang teduh. Agak lucu juga sebenarnya—dalam jadual cakap jam 7 malam, tapi mula jam 9 malam. Saya faham, bukan senang mahu buat acara macam ni. Lagipun, saya yang …

Borneon Run ’16 After Party: Menghayati Detik Mimpi

Saya nampak lautan manusia seperti kerasukan pada malam itu. Peluh merecik, badan saling berlaga, ratusan tangan di udara, tarian gadis dan jeritan sumbang lelaki. SonaOne gah di atas pentas, gesit tarian nuansa erotik Hellovenus, sengatan feromon tepat ke jantung oleh DJ Soda dan persembahan elektrik Taboo. Semua menjadi warna detik kemuncak Borneon Run 2016: After Party. A video posted by Ems (@emilydoublechin) on Nov 7, 2016 at 6:03pm PST //platform.instagram.com/en_US/embeds.js Tidak banyak yang mampu saya katakan… kecuali mimpi yang akhirnya menjadi realiti! Manakan tidak, saya juga turut bersorak “DJ Soda, DJ Soda, DJ Soda!” bersama para penonton ketika dia tampil ke atas pentas. Siapa yang tidak kenal dengan DJ Soda? Perlukah lagi diperkenalkan? Nama yang sejak sekian lama menjadi bualan lelaki, malam itu, nama itu, membentuk sekujur tubuh yang benar-benar berada di hadapan mata. Jadi, saya tidak akan mempersalahkan tangan-tangan yang mengejang menjulang telefon pintar, setia merakam temasya trap dan hip hop electro DJ Soda dari awal hingga akhir. Apatah lagi apabila dia galak kali berlegar ke kiri dan ke kanan pentas sambil riang melambai-lambai …

Mimpi Basah; Sains dan Mitos

Dalam artikel yang pertama, saya ada menyebut mengenai teori mimpi basah yang ada bersangkut-paut dengan pengalaman mimpi secara supernatural. Di mana, seseorang itu bermimpi tentang kemunculan seorang/seekor lembaga yang tidak dapat dikenal pasti siapa atau apa dan berasmara bersamanya. Secara saintifik, ia dikenali sebagai nocturnal emission. Situasi di mana tubuh badan kita perlu membebaskan sebahagian air mani yang berlebihan. Dan proses ini berlaku pada waktu kita sedang tidur. Namun secara mitologi, kita kononnya dilawat oleh seseorang/seekor jin yang digelar sebagai Succubus atau Incubus. Para lelaki akan dilawat oleh Succubus dan para wanita akan dikunjungi oleh Incubus. Mitos ini diambil dari zaman pertengahan Latin yang mana Succubus bermaksud pelacur atau seseorang yang ‘berbaring di bawah’. Missionary position. Geddit? Manakala, Incubus pula bermaksud ‘berbaring di atas’. Geddit, geddit?     Sesetengah ahli agama pada zaman dahulu menganggap bahawa hal ini adalah sesuatu yang sia-sia dan bersifat demonic. Dan dengan itu, teori kawan saya pada artikel pertama juga ada logiknya. Mungkin kita semua mempunyai keluarga di alam ghaib. Dan mungkin sebab itu juga kita sering bermimpi tentang kemunculan …