All posts filed under: Music

Artistic Minds: ‘Suara’ Humanis Eyza Bahra

Ramai yang beralih kepada muzik tatkala perasaan bermain-main dengan diri. Sepertinya muzik itu mempunyai sesuatu daya upaya yang sangat aneh dan unik, sehingga kita tidak mampu lari daripadanya. Muzik tanpa jiwa hanyalah lagu irama yang tidak mempesona–bak kata P.Ramlee, …andai dipisah lagu dan irama, lemah tiada berjiwa, hampa,” Marilah bersetuju dengan kata seniman agung kerana, keduanya adalah inti yang menguatkan sesebuah lagu. Melodi dengan kombinasi lirik dan lagu yang hina adalah pencabulan ke atas seni itu sendiri. Begitulah… Eyza Bahra, penggiat seni yang masih lagi memegang ideologi P. Ramlee tadi, menjawab persoalan-persoalan yang singgah bermain di kepala kita selama ini iaitu–adakah lirik boleh berdiri sendiri tanpa melodi? Dan sebaliknya? Kenalkan diri Eyza, dan bagaimana bisa berkecimpung dalam bidang seni? Hello. Nama sebenar saya ialah Noranieyzah Mohd Bahra. Saya berasal dari sini Sabah. Lahir di Sandakan tapi membesar di Kota Kinabalu, dan kemudian berpindah ke Kuala Lumpur untuk meluaskan pengalaman. Saya mula membabitkan diri di dalam bidang seni pada sekitar tahun 2009 apabila saya mula membuat muzik bersama dengan sebuah kugiran yang membawa nama Salammusik. Kenapa …