Karya

freestocks-org-139132-unsplash

Hey! Kami tahu ramai di antara kamu adalah penulis / artisan hebat, dan kami berbesar hati untuk menerbitkan tulisan dan/atau karya seni kamu di ORKED MAG. Buat masa sekarang, ini apa yang kami cari;

  • PESTA PUISI: Setiap bulan, kami menerbitkan koleksi puisi sedih / gembira / aneh / eksentrik yang ditulis oleh kamu. Ya, kamu lah. Siapa lagi?
  • INSTAGRAM: Setiap tengah malam kami tercari-cari karya kreatif untuk dibawa mimpi, apa lagi karya yang pelik dan sukar difahami dengan sekali jeling. Jadi jangan lupa muatnaik karya seni, tulisan mikro dan siri fotografi kamu di Instagram dengan hashtag #heyORKEDMAG. Karya yang menawan akan direpost sebagai Instagram crush kami!
  • CERITA 10-PERKATAAN: Konsept Twitterature ni boleh tahan seronok. Kami sebenarnya tidak sengaja ter-obsesi dengan cerita 140/280-karakter, lebih-lebih lagi kalau cerita / puisi / aforisme itu menggabungkan unsur-unsur misteri dan kebiasaan yang menawan. Tweet kami CERITA 10-PERKATAAN kamu dengan hashtag #heyORKEDMAG dan #tenwordstory, dan kami mungkin akan retweetkannya dalam koleksi Twitterature bulanan kami.
  • FIKSYEN MIKRO: Hantarkan cerpen, petikan jurnal, atau kapsyen siri fotografi yang diilhamkan oleh tema fiksyen mikro bulanan kami dalam 200 patah perkataan atau kurang. Bagaimana kamu menafsirkan tema itu terserah–ceritalah tentang bunyi suara mama di telefon, keindahan matahari terbenam dan serakan cahaya yang menerangi bangunan di kampung, atau ceritalah tentang kematian, realiti alternatif dan seekor tikus bandar yang kamu perasan selalu merenung jauh setiap pukul 3 petang. Yang penting, setiap karya ada watak, konflik, dan penyelesaiannya.
  • REVIEW BUKU: Ulasan buku kamu mestilah teliti, “edgy”, analitikal, dan engaging. Kami tidak berminat dengan ulasan buku yang terlalu positif, atau ulasan yang keterlaluan; kejam dan dahsyat. Kami suka ulasan buku yang boleh dijadikan cerita-cerita, diskusi dan penilaian kritikal. Kirimkan ulasan buku kamu di sini.

~

Garis panduan karya:

Sila e-melkan karya yang tidak pernah diterbitkan di mana-mana (blog, media sosial, majalah, antologi, buku, dan sebagainya), dan sertakan nama, umur, kata ganti nama kamu, dengan baris subjek yang ditentukan di atas untuk setiap karya. Jangan lupa sertakan pengenalan tentang diri dan backstory untuk tulisan / karya seni kamu. Kami  mengutamakan tulisan dan karya seni anak muda Borneo. Tapi kalau bukanpun, masih boleh dipertimbangkan.

  • Kami menerima tulisan dalam Bahasa dan Bahasa Inggeris yang melengkapkan tema bulanan kami.
  • Tenggat waktu kami adalah pada hari ke-15 setiap bulan.
  • Jika tulisan / karya seni kamu dipilih, kamu perlu menandatangani contributor’s agreement kami. Ia memberikan kami kebenaran untuk menerbitkan karya kamu. Hakcipta tetap milik penulis / artisan. Sekiranya kamu berusia di bawah 18 tahun, kami juga memerlukan tandatangan ibu bapa atau penjaga.
  • Kami tidak memperoleh keuntungan dari laman web kami–penulis dan artisan kami menyumbangkan karya mereka secara sukarela. Atas sebab itu, buat masa ini kami tidak menawarkan pembayaran untuk apa-apa jenis tulisan / karya seni–ini adalah salah satu perkara yang perlu kamu pertimbangkan sebelum menghantarkan apa-apa kepada kami.

Oleh kerana bilangan pertanyaan yang kami terima setiap hari boleh tahan banyaknya, kami hanya boleh membalas e-mel yang dihantar ke submit.orkedmag@gmail.com yang mengikuti garis panduan editorial kami di atas.

Kerja-kerja bertulis yang dipertimbangkan untuk penerbitan akan melalui proses editorial untuk membantu mengembangkan cerita kamu–itu tidak bermakna bahawa kerja kamu sampah, tapi mungkin lebih banyak dimensi plot cerita boleh diolah.